Beritaenam.com
  • Kawula Muda
  • Catatan Agi
  • Viral
  • Seks
  • Jabar
    • Bandung Raya
No Result
View All Result
  • Kawula Muda
  • Catatan Agi
  • Viral
  • Seks
  • Jabar
    • Bandung Raya
No Result
View All Result
Beritaenam.com
No Result
View All Result
Home Hiburan Musik

Konsert Malam Ambyar 2025: Merayakan Perpaduan Muzik Malaysia-Indonesia

Admin by Admin
05/12/2024
in Musik
0
Konsert Malam Ambyar 2025: Merayakan Perpaduan Muzik Malaysia-Indonesia
9
SHARES
126
VIEWS

Beritaenam.com, JOHOR, MALAYSIA – Protech Global Network dengan bangga mengumumkan Konsert Malam Ambyar 2025, sebuah sambutan muzik yang menampilkan bintang pop Jawa terkenal, Denny Caknan. Acara ini akan berlangsung pada 18 Januari 2025 di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.

Pemilihan lokasi negeri Johor membuktikan di negeri Johor juga mampu menganjurkan konsert berskala antarabangsa dengan kelebihan daripada segi geografi yang berhampiran dengan negara Singapura dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Konsert ini juga bertujuan untuk memperkukuh hubungan budaya antara Malaysia dan Indonesia melalui muzik, sambil membawa hiburan berkualiti tinggi kepada peminat di kedua-dua negara dan juga dapat mengeratkan industri Gastronomi di Johor dengan pihak penganjur membawakan pesta makanan asli Johor dan Indonesia.

Konsert akan menampilkan persembahan utama oleh Denny Caknan, artis pop Jawa yang terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Las Dol yang telah mencapai 150 juta tontonan di YouTube. Turut hadir sebagai artis jemputan ialah penyanyi Indonesia yang sedang meningkat naik iaitu Shinta Gisul dan Ochi Alvira, serta raja komen Malaysia, Erul Samah. Erul Samah sangat berbesar hati untuk tampil bersama artis terkenal Indonesia dan menyanyikan lagu berbahasa Jawa di konsert tersebut.

Denny Caknan

Konsert ini akan dimulakan dengan pertunjukan tarian tradisional Jawa dan Zapin yang bertujuan menyatukan budaya dengan kesenian dan tradisi negeri Johor dan Indonesia. pengunjung akan turut dapat menikmati Malindo Food Fest 2025, festival makanan yang menampilkan hidangan popular dari Malaysia, terutamanya makanan asli Johor dan juga makanan Indonesia.

Turut memeriahkan lagi adalah “Vocal Challenge”, iaitu pertandingan nyanyian terbuka untuk pemegang tiket konsert. Ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk menunjukkan bakat seni mereka dan seterusnya melahirkan bakat baharu dari Johor.

Konsert ini disokong oleh Tourism Johor, Konsulat Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Impact Music Entertainment juga di lantik sebagai rakan kerjasama bagi menjayakan konsert ini. Denny Caknan sangat teruja untuk beraksi kembali di Malaysia khususnya negeri Johor dan akan memberikan persembahan terbaik kepada peminat yang hadir.

“Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga lambang perpaduan budaya antara Malaysia dan Indonesia,” kata Adib Roshidi, pengarah dari Protech Global Network. “Kami berharap untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi penonton dari pelbagai latar belakang,”ujarnya lagi.

Protech Global Network, penganjur konsert, adalah syarikat berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia dan Indonesia, dengan rekod prestasi yang terbukti dalam menganjurkan konsert bertaraf antarabangsa dan memupuk bakat muzik serantau.

Konsert yang dijangka menarik lebih 4,000 penonton dari Malaysia, Indonesia, dan Singapura ini boleh didapati melalui www.ticket2u.com dengan harga serendah RM138.00 sahaja. Untuk maklumat lanjut, hubungi Emma di talian 6014968 9398. (***)

Tags: Denny CaknanKonsert Malam Ambyar 2025Perpaduan Muzik Malaysia-Indonesia
Previous Post

DPP GPPMP Gelar Lomba Kolintang Nasional Piala Presiden III

Next Post

12 Pelajaran Dari Kemenangan Mas Pram-Bang Dul

Admin

Admin

Next Post
12 Pelajaran Dari Kemenangan Mas Pram-Bang Dul

12 Pelajaran Dari Kemenangan Mas Pram-Bang Dul

Beritaenam.com berisi orang-orang profesional. Sudah lulus Uji Kompetensi Dewan Pers. Berintegritas dan berpengalaman di dunia jurnalistik.

  • Kode Etik
  • Redaksi
  • Disclaimer
  • Pedoman Media Siber

© 2022 Beritaenam - PT. Dua Tujuh Delapan

No Result
View All Result
  • Kawula Muda
  • Catatan Agi
  • Viral
  • Seks
  • Jabar
    • Bandung Raya

© 2022 Beritaenam - PT. Dua Tujuh Delapan